Tuesday 22 January 2013

Persidangan Serantau Kearifan Tempatan : Jerejak Resort, P. Pinang



Persidangan Serantau Kearifan Tempatan : Jerejak Resort, P. Pinang

(15-16 Oktober 2012)


Website : http://rclk.usm.my/


"Persidangan ini bertujuan untuk mengumpul ilmu-ilmu Kearifan Tempatan baik yang telah hilang, hampir hilang atau yang masih ada tetapi dilihat terancam dan berpotensi untuk hilang suatu masa nanti. Sehingga kini, tiada satu pun pihak yang tahu berapa banyak khazanah warisan ini yang telah lenyap ditelan arus waktu.  USM cukup sedar tentang senario ini dan mahu membantu. Bertolak dari situ, USM telah mewujudkan Sekretariat Kearifan Tempatan yang bertindak sebagai kuasa pendorong ke arah pembentukan kluster kajian yang ekstensif dan mendalam dalam bentuk rentas bidang dalam pengkhususan terhadap Kearifan Tempatan.

Apabila dilihat dari apa yang telah dibentangkan, kajian-kajian yang dijalankan ini adalah jambatan awal yang menjadi penghubung dunia teori dan praktis. Pembentangan-pembentangan ini akan merapatkan jurang ilmu tempatan dengan dunia akademik dan ini sekaligus akan membolehkan setiap ‘kepandaian’ di rekod dan dikaji. Saya fikir ‘kepandaian’ masyarakat terdahulu ini jika dikaji dengan mendalam, akan membantu kita membangunkan pelbagai kajian rentas bidang yang lebih bermakna kepada ketamadunan manusia. Kearifan Tempatan bersifat rentas bidang. Ia tidak hanya tertakluk kepada dunia sastera, persembahan dan pertukangan, malah ia turut mencakupi dunia perubatan, pengubatan dan penyembuhan, sains persekitaran, pengurusan air, pengurusan organisasi, pertanian lestari. Luangkan masa kita untuk menghayati Kearifan Tempatan yang kita miliki kerana banyak yang boleh kita pelajari darinya".

 Prof. Dato' Omar Osman
 













 Penyerahan 5 naskah buku kearifan tempatan oleh sekretariat kearifan tempatan USM dan diterbitkan oleh USM Press.







Sebahagian dari tetamu dan pembentang yang hadir






Sekretariat kearifan tempatan dan sebahagian tetamu dan peserta mengabadikan kenangan bersama Prof. Dato' Omar Osman



Monday 7 January 2013

Makan-makan

 Sekretariat Kearifan Tempatan Bersama VC USM


Lunch @ Hammer Bay, Pantai Jerejak, Penang

Friday 21 December 2012

5 BUAH BUKU TERBITAN PERTAMA KUMPULAN KEARIFAN TEMPATAN USM, 2012

Jilid 1 - Kearifan Tempatan: Pengalaman Nusantara - Berasal Dari Akar

Jilid 2 - Kearifan Tempatan: Pengalaman Nusantara - Meneliti Kosmologi dan Adat Istiadat

Jilid 3 - Kearifan Tempatan: Pengalaman Nusantara-Meneliti Khazanah Sastera, Bahasa dan Ilmu

Retracing Tradition for a Sustainable Future: The Malaysian Experience

The Relevance of Science to Local Knowledge

Kelima-lima buah buku tersebut merupakan terbitan pertama Kumpulan Kearifan Tempatan USM sejak setahun penubuhannya. Dihidangkan dalam dwi-bahasa, iaitu 3 naskah berbahasa Melayu dan 2 naskah berbahasa Inggeris. Para editor yang telibat dalam proses penyuntingan buku tersebut terdiri daripada Dr. Mohd Kipli bin Abdul Rahman, Dr. Nurul Farhana Low Abdullah, Dr. Nazaruddin Zainun, Dr. Rahimah Abdul Hamid, Dr. Norizan Esa, Dr. Rashidi Pakri dan Dr. Leela Rajamani. Penerbitan berikutnya akan menyusul dalam tahun-tahun mendatang.